Pertama sekali
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Illahi
kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya masih lagi dapat bernafas dan berpijak
di bumi Allah yang sempurna ini.
Muzik ? apa
yang korang faham tentang muzik ni ?
Saya yakin
yang semua orang mesti berfikir yang sama dengan saya iaitu muzik adalah instrumen
yang berbunyi dan nyanyian dari suara suara merdu invdividu dan saya yakin
setiap orang pasti ada sekurang kurangnya satu muzik yang sentiasa bermain di
fikiran.
Jadi saya
berbalik pada topik saya iaitu apresiasi muzik.
Apresiasi muzik adalah mengajarkan orang orang apa itu maksud
mendengarkan muzik dan menghargai beberapa jenis muzik. Biasanya kelas
apresiasi muzik ini merangkumi pelajaran sejarah untuk menjelaskan mengapa orang
orang dari zaman tertentu menyukai muzik yang mereka buat.
Nyanyian pula bermaksud , lagu yang dinyanyikan , suara yang
keluar untuk menghasilkan sebuah lagu dan unyian alam sekitarseperti kicau
burung dan deruan air sungai serta bunyian alam semula jadi.
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan program
Pendidikan Awal Kanak Kanak dan subjek yang terdapat dalam program PAKK ini
salah satunya adalah Apresiasi dan Nyanyian kanak kanak.
Jadi tujuan saya menaip blog ini bertujuan untuk menceritakan
serba sedikit tentang subjek ini. Bagi saya subjek apresiasi muzik dan nyanyian
kanak kanak ini sangat menyeronokkan dan berbeza daripada kelas yang lain. Hal ini
kerana dalam satu minggu, kelas yang ada
hanya dipenuhi dengan fakta dan kelas
yang boleh dikatakan “strict” manakala kelas muzik dan nyanyian ini membantu
saya memulihkan dan mengatasi tekanan otak semasa belajar dan memgingati fakta
fakta yang banyak.
Subjek ini mengajar kita bagaimana hendak mengajar kanak
kanak supaya dapat belajar dalam keadaan yang harmoni dan ceria kerana kajian
telah menunjukkan bahawa muzik ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan depresi.
Jadi kanak kanak juga mempunyai tekanan apabila sukar menerima pembelajaran dan
pengiraan. Jadi dengan adanya muzik didalam pembelajaran, ianya serba sedikit
dapat membantu kanak kanak dalam suasana belajar sambil bermain.
Pelbagai contoh muzik dan lagu kanak kanak yang boleh
dijadikan contoh dan membantu kanak kanak untuk belajar contohnya muzik
bergenre rakyat, tauladan, gurauan dan pembelajaran.
Sekarang ibu bapa banyak mendedahkan kepada anak anak mereka
tentang lagu kanak kanak di Malaysia yang dapat membantu anak anak belajar dan
memahami. Contohnya lagu Didi and Friends, dan sebagainya.
Kesimpulannya, subjek ini mengajar kita berbagai cara untuk
memastikan kanak kanak sentiasa berada dalam keadaan riang dan dalam keadaan
yang belajar sambil bermain.
yeaahhhh anak kesayangan dr Loy che luen ..wuuu
ReplyDelete