Wednesday, 29 March 2017

APRESIASI MUZIK DAN NYANYIAN KANAK KANAK

            ASSALAMUALAIKUM

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya masih lagi dapat bernafas dan berpijak di bumi Allah yang sempurna ini.

Muzik ? apa yang korang faham tentang muzik ni ?
Saya yakin yang semua orang mesti berfikir yang sama dengan saya iaitu muzik adalah instrumen yang berbunyi dan nyanyian dari suara suara merdu invdividu dan saya yakin setiap orang pasti ada sekurang kurangnya satu muzik yang sentiasa bermain di fikiran.

Jadi saya berbalik pada topik saya iaitu apresiasi muzik.

Apresiasi muzik adalah mengajarkan orang orang apa itu maksud mendengarkan muzik dan menghargai beberapa jenis muzik. Biasanya kelas apresiasi muzik ini merangkumi pelajaran sejarah untuk menjelaskan mengapa orang orang dari zaman tertentu menyukai muzik yang mereka buat.
Nyanyian pula bermaksud , lagu yang dinyanyikan , suara yang keluar untuk menghasilkan sebuah lagu dan unyian alam sekitarseperti kicau burung dan deruan air sungai serta bunyian alam semula jadi.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan program Pendidikan Awal Kanak Kanak dan subjek yang terdapat dalam program PAKK ini salah satunya adalah Apresiasi dan Nyanyian kanak kanak.
Jadi tujuan saya menaip blog ini bertujuan untuk menceritakan serba sedikit tentang subjek ini. Bagi saya subjek apresiasi muzik dan nyanyian kanak kanak ini sangat menyeronokkan dan berbeza daripada kelas yang lain. Hal ini kerana dalam satu minggu,  kelas yang ada hanya dipenuhi dengan fakta dan  kelas yang boleh dikatakan “strict” manakala kelas muzik dan nyanyian ini membantu saya memulihkan dan mengatasi tekanan otak semasa belajar dan memgingati fakta fakta yang banyak.
Subjek ini mengajar kita bagaimana hendak mengajar kanak kanak supaya dapat belajar dalam keadaan yang harmoni dan ceria kerana kajian telah menunjukkan bahawa muzik ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan depresi. Jadi kanak kanak juga mempunyai tekanan apabila sukar menerima pembelajaran dan pengiraan. Jadi dengan adanya muzik didalam pembelajaran, ianya serba sedikit dapat membantu kanak kanak dalam suasana belajar sambil bermain.
Pelbagai contoh muzik dan lagu kanak kanak yang boleh dijadikan contoh dan membantu kanak kanak untuk belajar contohnya muzik bergenre rakyat, tauladan, gurauan dan pembelajaran.  
Sekarang ibu bapa banyak mendedahkan kepada anak anak mereka tentang lagu kanak kanak di Malaysia yang dapat membantu anak anak belajar dan memahami. Contohnya lagu Didi and Friends, dan sebagainya.


Kesimpulannya, subjek ini mengajar kita berbagai cara untuk memastikan kanak kanak sentiasa berada dalam keadaan riang dan dalam keadaan yang belajar sambil bermain.

Tuesday, 28 March 2017

Featured post

APRESIASI MUZIK DAN NYANYIAN KANAK KANAK

             ASSALAMUALAIKUM Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izi...